Adun DAP dibebas lepas ditahan kerana positif dadah

Adun DAP dibebas lepas ditahan kerana positif dadah

Adun DAP Pasir Bedamar, Terence Naidu dibebaskan daripada tahanan selepas ditahan semalam kerana didapati positif bahan terlarang.

Peguamnya RSN Rayer mengesahkan perkara itu dengan Malaysiakini.

“Ya dia (Terence) ditahan.

“Saya hadir prosiding reman hari ini.

“Mereka (polis) meminta empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan (untuk) dia dibebaskan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Terence, 54, menyandang jawatan Adun selama dua penggal.

Bernama sebelum ini melaporkan seorang Adun Perak ditahan dalam serbuan polis di sebuah kelab malam di Perai, Bukit Mertajam malam tadi.

Dia kemudiannya ditahan selepas didapati positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu menetapkan bahawa mana-mana orang yang mengambil atau memberikan kepada dirinya sendiri apa-apa dadah berbahaya adalah bersalah. Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Jabatan Siasatan Narkotik Polis Pulau Pinang Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan 47 yang lain turut ditahan dalam serbuan jam 9 malam itu. Mk

Adun DAP dibebas lepas ditahan kerana positif dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker