Anwar Memilih Jalan Sendiri Selepas Dikhianati Mahathir Buat Kali Kedua

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata dia sedia bekerjasama Dr Mahathir Mohamad pada 2016 dan melupakan perselisihan lama dengan bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun kata Anwar dia terpaksa sekali lagi memilih jalan sendiri selepas merasa dikhianati.

“Saya 2016, dia datang, saya oklah. Terus, lupakanlah, kita sambung, selamatkan negara, kerana rasakan sakit hati, tersingggung, tercuit ada sebagai manusia.



“Tapi kepentingan negara mengatasi. Tapi ulang, ulang, ulang konspirasi dan khianat tak bolehlah. Jadi saya sekarang tak apalah, biarlah, teruslah, jadi saya jalan ikut jalan sayalah,” katanya dalam wawancara dengan Malaysia Gazette.

Anwar merupakan timbalan perdana menteri pada 1998 sebelum dipecat Dr Mahathir atas dakwaan salah saku seks dan salah guna kuasa.

Kedua-dua pemimpin itu berdamai beberapa tahun kemudian untuk menjatuhkan perdana menteri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB.

Perdamaian itu menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum 2018.



Anwar telah diberi peluang, bila negara di saat krisis, Anwar gagal mentadbirnya – Mahathir

Mahathir secara terbuka berkata dia akan menyerahkan kuasa kepada Anwar namun akhirnya didedahkan bahawa  dia tidak pernah mahu melihat Anwar  menggantikannya sebagai perdana menteri.

Dalam usaha menghalang Anwar menjadi perdana menteri, Bersatu di bawah presidennya, Muhyiddin Yassin menarik keluar parti itu daripada PH, menyebabkan kerajaan tumbang.



Mahathir bagaimanapun menentang langkah itu kerana enggan bekerjasama dengan Umno dan membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Krisis politik itu akhirnya menyaksikan Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong dan menubuhkan kerajaan baru Perikatan Nasional.

Pembangkang, yang dipelopori PH berusaha mengambil alih kerajaan tetapi hubungan dingin antara Anwar dan Mahathir menghalang perkara itu berlaku.

Baru-baru ini,  Mahathir yang merupakan bekas pengerusi Pakatan Harapan (PH) secara terbuka mendakwa Anwar tidak mampu memimpin negara ini yang sedang berhadapan krisis ekonomi.



Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, Mahathir berkata bekas timbalannya itu tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.

Mukhriz Pertahan Mahathir, “Tun Menyatakan Perkara Yang Benar”

Sementara itu Anwar juga menegaskan dia masih mempunyai sokongan majoriti daripada anggota parlimen seperti yang didakwa pada Sept lalu.



‘Proses ini berjalan. Tak munasabah saya gunakan ruang hadap agong dalam keadaan saya tidak yakin dengan jumlah itu tapi dengan ikhsan dan kebijaksanaan agong tangguhkan untuk pastikan beberapa pertimbangan.

“Jadi saya hormat dan insya-Alllah akan dapat diuruskan dalam masa terdekat.

“Keduanya, saya datang dengan program, dengan agenda. Negara ini ada keupayaan untuk diangkat sebagai negara hebat dan dari segi eknominya, sosialnya, banteras rasuah, pembaziran keanggguhan kuasa.

“Banyak kesilapan lalu ya, tapi kita maju ke tahap ini kerana kita tahu tentang masalah derita rakyat,” katanya.



Lain Yang ‘Sakit’ Lain Pula Yang di ‘Ubatnya’ – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker