Unboxing Isteri: Satu trend pengikut setan
TREND ‘unboxing by husband’ merupakan satu trend yang tidak mengikut syariat. Suami seharusnya menjaga maruah isteri dan tidak menyamakan kedudukan isteri seperti barang.
Walaupun terlalu bahagia kerana mendirikan rumah tangga, aksi-aksi kemesraan tidak sepatutnya dipertontonkan kepada umum apatah lagi kalau ia melibatkan pendedahan aurat dan dilakukan pada malam pertama. Perkara sedemikian mengundang imiginasi yang tidak elok kepada penonton.
Ayat al-Quran dalam surah al Baqarah ayat 187 yang bermaksud ‘mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka’ menunjukkan bagaimana suami isteri hakikatnya menjadi pakaian satu sama lain dalam erti kata suami menjadi pelindung isteri dan isteri menjaga maruah suami.
Pengantin perempuan juga seharusnya punya sifat malu. Malu untuk mempamerkan kepada umum rahsia kehidupan rumah tangga apatah lagi ia disebarkan di media sosial yang boleh ditonton oleh sesiapa sahaja.
Sifat malu inilah yang sangat ditekankan oleh baginda ﷺ di mana baginda ﷺ bersabda
“Jika kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu”.(HR Bukhari)
Ia bermaksud sifat malu akan menghalang seseorang dari melakukan perbuatan yang tidak elok. Tetapi jika tiada sifat malu, kita akan sanggup melakukan apa sahaja. Kelihatannya sifat malu semakin terkikis pada generasi kini.
Pasangan-pasangan yang membuat video sedemikian untuk menarik kembali video yang telah dimuat naik di media sosial demi maruah dan keharmonian dalam masyarakat.
Media sosial apabila disalahguna telah mengakibatkan hilangnya neraca akhlak dan malu demi mendapatkan views dan likes dari seluruh pelusuk dunia.
Yang lebih wajar dipertontonkan kepada khalayak ramai merupakan video-video yang memaparkan kemesraan dan kasih sayang antara ahli keluarga dalam meraikan ahli yang baru.
Kebejatan akhlak masyarakat hari ini harus dipandang serius oleh semua pihak dan perlu kepada satu perbincangan komprehensif untuk memperkayakan kembali nilai murni dalam rakyat negara.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ada ‘tangan ghaib’ ubah data kematian Covid-19, dakwa Tiong
- Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
- Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali
- Abang Viva dapat hadiah superbike Yamaha XJ6
- Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP
- Kelibat lembaga ‘misteri’ bergolek atas jalan raya
- Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM
- Isteri serang kekasih gelap suami
- Pening kepala dapat jiran perangai macam ini
- Hati Mahadi Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak, Rupanya Kena Prank Dengan Ibu Bapa Heliza [VIDEO]
- “Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000
Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat