Tiada lagi kuarantin wajib bagi pengembara lengkap vaksinasi

Sebaran :

Tiada lagi kuarantin wajib bagi pengembara lengkap vaksinasi

Kementerian Kesihatan mengumumkan pengembara yang lengkap divaksin, tetapi pernah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari sebelum penerbangan mereka, tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib setibanya mereka di negara ini.

Tetapi, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengembara yang belum divaksin dan tidak lengkap vaksinasi perlu menjalani kuarantin tujuh hari mulai esok.

“Bagi pengembara yang tidak pernah dijangkiti Covid-19, ketetapan semasa masih terpakai,” katanya dalam kenyataan.



Beliau berkata, sepanjang berada di Malaysia, pengembara diingatkan sentiasa mengamalkan norma baharu dan mematuhi SOP.

Beliau turut menyarankan individu yang layak menerima vaksin Covid-19 supaya mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan optima untuk mengelakkan gejala teruk dan komplikasi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tiada lagi kuarantin wajib bagi pengembara lengkap vaksinasi




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *