3 ADUN Perak sertai PBM

3 ADUN Perak sertai PBM

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak sah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu dilancarkan pada 21 Disember 2021.

Mereka ialah ADUN Buntong, A Sivasubramaniam; ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng.

Cheok Keng yang mengesahkan perkara itu kepada Sinar Harian berkata, ketiga-tiga mereka juga berada di dalam kepimpinan tertinggi parti itu yang mengadakan Mesyuarat Khas Persidangan Agung, pada Sabtu.

Menurutnya, keputusan menyertai PBM dibuat kerana parti tersebut berbilang kaum dari kepimpinan tertinggi hinggalah kepada ahli-ahli akar umbi.

“Di sini saya umumkan secara rasmi bahawa saya merupakan ahli PBM. Dakwaan selama ini mengatakan saya menyertai MCA tidak benar sama sekali.

“Saya memilih PBM kerana parti ini benar-benar parti berbilang kaum dan bukan seperti parti-parti lain yang mendakwa berbilang kaum tetapi didominasi kaum tertentu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.

Sementara itu, mengenai kedudukan mereka di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Cheok Keng berkata, ketiga-tiga mereka menyokong kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Katanya, sehubungan itu, penyertaan mereka ke dalam PBM tidak akan menggugat kestabilan kerajaan negeri Perak.

Disyorkan artikel ini:
‘Saya belum dapat apa-apa pencalonan pimpin parti baharu’ – Zuraida
Tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah
Peter Anthony keluar Warisan, tubuh parti baharu

Menurutnya, perkara itu selaras dengan keputusan Presiden parti, Larry Sng bahawa parti itu di peringkat Persekutuan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, surat rasmi akan dihantar kepada Speaker DUN Perak untuk memaklumkan mengenai penyertaannya ke dalam PBM dan kekal menyokong kerajaan.

Pada pemilihan parti yang berlangsung pada Sabtu, Sivasubramaniam dipilih sebagai Naib Presiden Kanan 2 manakala Paul Yong dilantik sebagai Bendahari Agung PBM.

Sivasubramaniam dan Paul Yong sebelum ini merupakan ahli bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Sinar

3 ADUN Perak sertai PBM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker