Pemandu lori lalok rempuh tiga kenderaan

Pemandu lori lalok rempuh tiga kenderaan

Tindakan seorang pemandu lori dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah menyebabkan berlaku kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Sri Bayu, Taman Putra di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berusia 39 tahun yang memandu lori muatan pasir seberat 22 tan dalam perjalanan dari arah Hulu Langat ke Ampang.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika mahu berhenti di persimpangan lampu isyarat dipercayai hilang fungsi brek lalu melanggar dua kereta dan sebuah motosikal yang diparkir di rumah kedai Sri Bayu.

“Kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa kepada orang awam serta pemandu terbabit, hanya kenderaan alami kerosakan.

“Berikutan kejadian, pemandu lori dibawa ke Balai Trafik Ampang Jaya untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil saringan awal air kencing mendapati pemandu lori positif methamphetamine.



Tambah beliau, semakan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Katanya, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta saksi bebas tampil menyalurkan maklumat mengenai kejadian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ampang Jaya, Inspektor Navine Gunasegaran di talian 012-6436327. HM

Pemandu lori lalok rempuh tiga kenderaan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker