Lelaki maut diserang harimau di Gua Musang

Sebaran :

Lelaki maut diserang harimau di Gua Musang

Seorang lelaki maut selepas diserang seekor harimau belang jantan lebih 100kg ketika membuang air kecil di belakang rumahnya di Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan kira-kira 9 pagi tadi.

Mangsa berusia 59 tahun itu dikatakan diseret harimau itu, sebelum mayatnya ditemui anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Seorang penduduk dekat Kampung Orang Asli Sau di Pos Bihai yang enggan dinamakan berkata, haiwan liar itu mula mengganggu penduduk sejak malam semalam.



“Penduduk kampung diserang ketika keluar mencari ikan untuk menyambut pesta padi malam semalam. Kami dikejar haiwan buas itu, namun berjaya menyelamatkan diri,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, anak perempuan mangsa yang sedang menumbuk padi mengesyaki sesuatu berlaku kepada ayahnya selepas terdengar bunyi anjing menyalak kuat.

Katanya, penduduk kampung kemudian memeriksa di belakang rumah mangsa, sebelum menemui kesan darah.

“Tidak lama kemudian, penduduk terserempak harimau itu sekali lagi. Ia cuba menerkam, namun sempat dibaling dengan lembing hingga terkena matanya.”



Menurutnya, pasukan Perhilitan tiba tidak lama kemudian dan mengarahkan semua penduduk berkurung sementara di dalam rumah.

Harimau itu ditemui di hutan berhampiran tengah hari tadi, tetapi Perhilitan terpaksa melepaskan tembakan selepas haiwan liar itu cuba menyerang.

Pada 6 Julai lalu, Adin Andok, 45, parah di kepala, perut, mata kiri, bahu dan lengan kiri akibat diserang harimau di kebunnya di Kampung Badak, Pos Bihai. Mangsa sempat diselamatkan anaknya yang menyedari kejadian itu. FMT

Lelaki maut diserang harimau di Gua Musang




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *