Warga emas dihanyut arus deras ketika hendak ke kebun ditemui lemas

Warga emas dihanyut arus deras ketika hendak ke kebun ditemui lemas

Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak semalam terjawab apabila ditemui lemas di Serakek, Buloh Kasap, Segamat di sini hari ini.

Mayat Gan Ai Boon, 63, ditemui pada jam 5.15 petang selepas motosikal ditunggang mangsa dihanyut arus ketika dalam perjalanan ke kebunnya.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Segamat, Muhd Hazim Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.49 petang memaklumkan mangsa tidak pulang dari kediamannya sejak semalam oleh polis di Balai Polis Buloh Kasap.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menaiki motosikal menghala ke kebun duriannya di sekitar lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya cuba menyeberangi arus air deras di atas jalan. Disebabkan arus terlalu deras, mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya lalu dihanyutkan sehingga ke dalam sungai yang berhampiran,” katanya menurut laporan Kosmo Online.

Menurut Hazim, mayat mangsa ditemui pada jarak 50 meter daripada lokasi mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.



Warga emas dihanyut arus deras ketika hendak ke kebun ditemui lemas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker