Agamawan seru jemaah umrah tipu sijil vaksin bertaubat

Agamawan seru jemaah umrah tipu sijil vaksin bertaubat

Perbuatan memalsukan sijil vaksinasi Covid-19 bagi tujuan mengerjakan umrah dianggap menzalimi pihak lain dan individu melakukannya perlu bertaubat, kata Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim.

Beliau berkata, sekiranya tidak dibendung perbuatan itu menjadi amalan yang mencalarkan imej agama dan negara.

“Yang pasti, tiada siapa kata boleh menipu. Disebabkan dia (pemalsu sijil vaksin), nanti sijil vaksin sudah tidak lagi boleh dipercayai.

“Dia akan menzalimi orang yang benar-benar memiliki sijil vaksin sah. Dia buka peluang untuk zalimi pihak lain,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Semalam, media melaporkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dipetik, mendedahkan terdapat jemaah umrah dijangkiti Omicron tidak menerima sebarang vaksin dan dibenarkan keluar mengerjakan ibadat itu.

Khairy berkata, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada mereka yang tidak divaksinasi terbabit, disebabkan faktor kesihatan atau enggan divaksinasi.

Dalam pada itu, Zamri berkata, perbuatan menipu sijil vaksin bagi mengerjakan umrah turut dikhuatiri menyebabkan ibadat itu tidak tergolong sebagai mabrur (diterima).

“Kalau ikut hukum dan syarat, ibadah itu sah. Namun, walaupun sah belum tentu mabrur, diterima.

“Kepada yang sudah terlanjur melakukan perbuatan itu (menipu sijil vaksin), bertaubatlah kepada Allah dan jangan ulangi semula,” katanya. FMT

Agamawan seru jemaah umrah tipu sijil vaksin bertaubat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker