Dakwaan Khalid Samad disangkal PKB



Dakwaan Khalid Samad disangkal PKB

Dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung tiada pertemuan antara pemaju dan pemilik tanah Kampung Sungai Baru di Kampung Baru, di sini, bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim tidak benar.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menjelaskan, sesi perjumpaan antara Shahidan bersama pemilik diatur 6 Dis lalu di Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, manakala perjumpaan bersama pemaju pada 8 Dis bagi menyelesaikan isu pengambilan tanah di kampung itu.

“Hasil perjumpaan berkenaan, Menteri Wilayah Persekutuan meminta pemaju mengkaji semula tawaran atau pakej lebih baik untuk diberikan kepada pemilik Kampung Sungai Baru bagi membantu mereka mendapat sebuah rumah dan wang tunai,” menurut PKB dalam kenyataan pada Jumaat.

PKB pada 10 Dis lalu memaklumkan pemaju bersetuju menyediakan tawaran baharu dinamakan Pakej Harmoni kepada pemilik flat yang diputuskan jumlah pampasan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Kuala Lumpur (JKPTGWPKL) pada sesi siasatan pengambilan tanah.




“Pakej Harmoni menawarkan sebuah unit kediaman berkeluasan 900 kaki persegi yang bernilai RM300,000, dengan jumlah pampasan pengambilan tanah yang diterima pemilik flat dipulangkan separuh kepada pemaju.

“Sebagai contoh, pemilik yang menerima pampasan pengambilan tanah berjumlah RM250,000 boleh memiliki pakej ini dengan harga RM125,000 sahaja.”

Kenyataan itu menyebut kediaman Pakej Harmoni dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu petak letak kereta, sementara pakej itu bagi pemilik teres pula akan ditawarkan semasa siasatan pengambilan tanah diadakan kelak.

Projek pembangunan semula Kampung Baru dijangka mengambil 10 tahun dan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan aliran tunai pemaju mampu menampung pelaksanaan pembangunan bagi plot berikutnya dalam tempoh tersebut.

“Pendekatan dan tindakan segera Menteri Wilayah Persekutuan berkenaan isu ini telah menyelesaikan isu pemilik tanah terlibat dengan pengambilan tanah,” menurut kenyataan itu.




Pada 5 Jan lalu, Khalid dilaporkan berkata, tiada pertemuan antara pemaju dan pemilik tanah Sungai Baru, Kampung Baru dengan Shahidan sehingga kini bagi menyelesaikan isu pengambilan tanah di kawasan berkenaan. FMT

Dakwaan Khalid Samad disangkal PKB


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Leave a Reply

Your email address will not be published.