Isteri curah minyak mendidih pada kemaluan suami

NEW DELHI –  Seorang wanita melarikan diri selepas didakwa mencurahkan minyak yang  mendidih pada kemaluan suaminya dalam kejadian pada Jumaat lalu, lapor portal berita Odisha Bytes.

Mangsa, Sunil Dhakad, 32, tinggal bersama isterinya di negeri Madhya Pradesh. Suspek  bertindak demikian kerana marah selepas suaminya mendapat tahu dia bercakap dengan lelaki lain menerusi telefon.

Menurut laporan, pasangan itu bertengkar berhubung dakwaan hubungan sulit isterinya dan wanita berkenaan yang berang kemudian mencurahkan minyak panas mendidih pada kemaluan Dhakad ketika mangsa sedang tidur.

Mangsa berkata, jiran mengadu kepadanya bahawa isterinya bercakap dengan seorang lelaki selepas dia pergi ke pejabat.

Menjelang hari kejadian,  si suami merampas telefon bimbit isterinya dan dia tidak memberikan sebarang reaksi pada masa itu.

Bagaimanapun, kira-kira pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) ketika Dhakad sedang nyenyak tidur, Bhawna pergi ke dapur dan  membawa minyak panas lalu mencurakannya pada kemaluan mangsa.

Orang ramai berkumpul di luar rumah mereka selepas mendengar Dhakad menjerit kesakitan.  Jiran-jiran membawa mangsa ke hospital,  manakala pihak polis turut bergegas ke tempat kejadian. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker