Hakim Tolak Saman Permohonan ‘Bayi’ Dalam Kulit Album Kumpulan NIRVANA ‘Nevermind’

Hakim Tolak Saman Permohonan ‘Bayi’ Dalam Kulit Album Kumpulan NIRVANA ‘Nevermind’

KES saman seorang lelaki bernama Specer Elden terhadap kumpulan rock popular Nirvana dan beberapa nama lain digugurkan oleh Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Central California.

Ia berikutan kegagalan Elden mengemukakan bantahan terhadap permohonan kumpulan itu selaku defendan yang mahukan kes ini digugurkan pada 31 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun hakim mahkamah Fernando M. Olguin membenarkan Elden untuk kembali menfailkan saman sebelum 13 Januari 2022.

“Plantif faham bahawa kegagalan menfailkan saman kedua akan menyebabkan kes ini digugurkan tanpa prejudis,” jelas Olguin.

Tahun lalu Elden menfailkan sama terhadap anggota kumpulan NirvanaDave Grohl dan Krist Novoselic, isteri kepada vokalisnya Courtney Love serta beberapa nama lain yang terlibat dalam pembikinan album berjudul Nevermind.

Album tersebut yang dilancarkan pada tahun 1991 didakwa menggunakan gambar seorang bayi tanpa kebenaran juga imej berbaur seksual.

Antara individu lain yang turut disenaraikan adalah pengurus muzik Guy Oseary dan Heather Parry, jurugambar Kirk Weddle, pengarah seni Robert Fisher dan bekas pemain drum Nirvana, Chad Channing.- First Post

Hakim Tolak Saman Permohonan ‘Bayi’ Dalam Kulit Album Kumpulan NIRVANA ‘Nevermind’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker