Elon Musk miliki kekayaan lebih RM1 trilion
WASHINGTON – Anggaran nilai bersih aset Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk melonjak kepada lebih AS$304 bilion (RM1.27 trilion) kelmarin, lapor akhbar New York Post.
Kekayaan Elon Musk meningkat lebih AS$30 bilion (RM125.7 bilion) susulan kenaikan 13 peratus harga saham Tesla dalam dagangan Isnin lalu berikutan laporan penghantaran kenderaan yang melonjak.
Nilai bersih aset Elon Musk sebelum ini melebihi AS$300 bilion (RM1.257 trilion) iaitu pada November tahun lalu, demikian menurut majalah berita Forbes. Beliau adalah orang pertama dalam sejarah yang mencapai kejayaan tersebut.
Musk adalah orang terkaya di dunia pada masa ini. Ketua Pegawai Eksekutif firma fesyen Perancis LVMH, Bernard Arnault menduduki tempat kedua dalam senarai Forbes, diikuti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos di tempat ketiga.
Tesla menghantar 308,600 kenderaan pada suku fiskal keempatnya, dengan mudah melepasi unjuran penganalisis. Bagi tahun fiskal 2021, penghantaran pembuat kereta elektrik itu melonjak 87 peratus kepada 936,172 kereta elektrik. Kedua-dua jumlah suku tahunan dan seluruh tahun itu mewujudkan rekod syarikat yang baharu.
Penilaian pasaran Tesla mencecah kira-kira AS$1.2 trilion (RM5.03 trilion) berikutan kenaikan saham terbarunya. – AFP
Elon Musk miliki kekayaan lebih RM1 trilion
Baca Artikel Menarik:
- Long Tiger JR seronok kira duit
- Sajat buka bisnes di Australia, tawar peluang pekerjaan
- Irwansyah ditipu adik sendiri, kerugian RM1.5 juta
- MN adalah tanda kesyukuran kepada Allah – Nik Abduh
- Azmin Ali jadi TPM seterusnya?
- Jangan terkejut jika PAS tinggalkan Bersatu
- Ketua Penerangan Armada disekolahkan kerana kritik Shahril Hamdan
- Muda menghormati hak mereka (minum bir) – Syed Saddiq
- Derma RM5 Kena Ludah – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Berhadapan Pengemis Rohingya (Video)
- KWSP i-Citra: Beri rakyat buat pilihan – Najib
- Former Teacher Shocked To See Siew Pui Yi’s Nudes On Penthouse
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)
LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham