Wanita dukung singa peliharaan terlepas [VIDEO]

GAMBAR menunjukkan wanita itu sedang mendukung seekor singa peliharaannya. – Youtube

BANDAR RAYA KUWAIT – Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kejadian seorang wanita membawa seekor singa dalam pelukannya ketika melalui sebatang jalan di Kuwait, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Rakaman kejadian itu menjadi tular di media sosial. Ia menunjukkan singa berkenaan yang masih dalam usia muda, cuba untuk melepaskan dirinya daripada pelukan wanita tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada Ahad lalu di kawasan Sabahiya, selatan Bandar Raya Kuwait.

https://www.youtube.com/watch?v=ysCLYpBwMag



Polis alam sekitar berkata, singa itu adalah milik wanita berkenaan dan bapanya.

Pihaknya membantu menangkap spesies kucing besar itu apabila haiwan tersebut dikesan berkeliaran di jalanan sebelum ia  dikembalikan kepada wanita itu.

Haiwan eksotik termasuk singa adalah sah untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan di Kuwait. – Agensi

Wanita dukung singa peliharaan terlepas

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker