Umno mahu sidang khas Parlimen bincang isu banjir – Zahid

Umno mahu sidang khas Parlimen bincang isu banjir – Zahid

Umno dukacita berhubung koordinasi agensi berkaitan yang sepatutnya aktif digerakkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa banjir, baru-baru ini, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, respons dilaksanakan agensi berkaitan dilihat tidak bermaya dan sangat lemah walaupun Nadma sedia ada mempunyai garis panduan penyelarasan bencana berkenaan.

“Ia seolah-olah tidak bermaya dan amat lemah sekali dalam menghadapi musibah banjir pada kali ini sedangkan NADMA mempunyai garis panduan penyelarasan musibah banjir yang komprehensif sejak dibangunkan pada 2014.

“Dengan angka korban yang begitu tinggi berbanding banjir besar yang pernah melanda negara pada tahun 1971 (30 orang) dan 2014 (21 orang), tentunya memerlukan kerajaan Keluarga Malaysia melaksanakan segera saranan Titah Yang di-Pertuan Agong agar dilakukan ‘post mortem’ bencana banjir,” katanya dalam kenyataan.

Terbaharu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Hazani Ghazali, berkata sehingga kini, 54 mangsa terkorban akibat banjir dan dua lagi masih hilang.

Sehubungan itu, parti berkenaan mencadangkan kerajaan mengadakan satu sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu bencana banjir terbabit.

Katanya, sidang itu juga membolehkan wakil rakyat memberikan pandangan serta cadangan bagi membantu kerajaan mencari jalan terbaik menyelesaikan isu berlaku.

Dalam pada itu, Zahid berkata, Umno menghargai segala bantuan untuk mangsa banjir sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang boleh mencapai sehingga RM61,000 bagi satu keluarga.

“Umno juga berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permintaan rakyat agar dibenarkan pengeluaran kali terakhir caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara ‘one-off’ sebanyak RM10,000 kerana rakyat benar-benar berhadapan dengan kesempitan hidup akibat pendemik Covid-19 bukan sahaja yang ditimpa dengan musibah banjir,” katanya.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan ketetapan Majlis Kerja Tertinggi Umno yang bermesyuarat pada 27 Ogos 2021. FMT

Umno mahu sidang khas Parlimen bincang isu banjir – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker