Abang Jo kurang berminat dengan akta penggal tetap dicadang Zahid

Premier Sarawak Abang Johari Openg mengambil sikap berhati-hati berhubung cadangan untuk menggubal akta agar kerajaan kekal sehingga akhir penggal.

Menurutnya, ini kerana kebebasan memilih adalah hak yang dijamin perlembagaan.

“Saya tidak tahu sangat latar belakang (cadangan RUU kekalkan kerajaan) sama ada undang-undang itu boleh dilaksanakan atau tidak, tetapi ia perlu diserahkan kepada pakar perundangan kerana dalam Perlembagaan Persekutuan ada menyebut kebebasan untuk memilih.



“Ini bermakna kita tidak boleh menggunakan paksaan tetapi boleh menggunakan kaedah lain, seperti membuat peraturan untuk kita memantau keadaan politik kerana dalam amalan demokrasi rakyat bebas untuk memilih,” katanya seperti dipetik Borneo Post.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Presiden Umno Zahid Hamidi agar satu undang-undang khusus digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas PRU, mentadbir sehingga akhir penggal.

Cadangan Zahid itu kemudian ditafsir sejumlah pihak, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, sebagai merujuk kepada akta parlimen berpenggal tetap.

Akta itu bertujuan menghalang perdana menteri membubarkan parlimen menurut kehendaknya agar kerajaan kekal sehingga tamat penggal.



Terdahulu, kumpulan pendesak reformasi institusi Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek Sama) berkata akta seumpama itu dapat menghalang usaha menjatuhkan kerajaan menerusi akuan berkanun (SD).

Projek Sama juga membangkitkan Yang di-Pertuan Agong boleh menolak sebarang permintaan daripada perdana menteri untuk membubarkan parlimen lebih awal, kecuali dia kehilangan kepercayaan di Parlimen.

Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari pula menegaskan Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak akan memberi kuasa penuh dan mutlak kepada perdana menteri.

Menurutnya, perdana menteri masih boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya, namun penggantinya mestilah daripada gabungan parti pemerintah.



Cadangan berhubung undang-undang itu timbul selepas khabar angin berterusan bahawa pembangkang merancang untuk menggulingkan kerajaan melalui akaun berkanun (SD).

Mengulas lanjut, Abang Johari yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata pihaknya tetap dengan pendirian mahukan politik peringkat nasional stabil dan menentang sebarang percubaan sedemikian.

“Saya tidak boleh komen lebih kerana yang GPS mahu hanyalah kestabilan politik peringkat nasional.

“Kurangkanlah langkah-langkah. Ini ada Langkah Dubailah, Langkah Londonlah. Kita tumpukanlah kepada usaha untuk memulihkan ekonomi,” katanya lagi.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker