Berani bakar lagi? Saya akan lapor Polis

KLANG – Bakar atau berdepan tindakan undang-undang, itu amaran kepada pihak yang masih berdegil melakukan pembakaran terbuka di kawasan Meru sejak akhir-akhir ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya menerima aduan daripada masyarakat setempat berkaitan pembakaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pada mulanya, ada yang menyangka ia dilakukan oleh penduduk, namun setelah kita siasat perbuatan ini dilakukan dipercayai oleh pengutip besi terpakai.

“Mereka ini bakar tilam untuk mengambil besi dalam tilam tersebut untuk dijual, yang kita kesalkan tindakan mereka ini bukan sahaja beri kesan kepada alam sekitar, namun mengganggu urusan harian penduduk di sini,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut Mohd Fakhrulrazi, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya perkara ini berterusan.

“Saya hendak ingatkan, jangan bakar lagi dan andai diteruskan saya akan terus lapor kepada polis.

“Masyarakat yang mana ada maklumat, sila hantar bukti video kepada saya untuk dilaporkan kepada polis,” katanya.

Katanya, tindakan membakar secara terbuka ini turut memberikan kesan kepada petugas kebersihan untuk membersihkan sampah berkenaan.

“Tindakan sebegini bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, tapi menyusahkan pekerja kebersihan.

“Jadi saya minta janganlah buat sesuatu perkara yang susahkan masyarakat, jadilah warga yang bertanggungjawab,” katanya.

Berani bakar lagi? Saya akan lapor Polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amaran cuaca tahap bahaya bagi kawasan di Pahang, Johor

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker