Amaran cuaca tahap bahaya bagi kawasan di Pahang, Johor

Sebaran :

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca berbahaya untuk beberapa bahagian di Pahang dan seluruh Johor serta meramalkan hujan lebat berterusan lebih 150mm dalam tempoh 24 jam.

Amaran hujan lebat yang berterusan juga bermakna ramalan hujan berterusan selama lebih enam jam dengan jangkaan jumlah hujan terkumpul sekurang-kurangnya 60mm dalam tempoh tersebut.

Amaran tahap merah yang dikeluarkan pada 6.20 petang hari ini meliputi Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta seluruh Johor.

Bentong dan Mentakab antara kawasan paling teruk dilanda banjir di Pahang setakat ini, manakala hampir 2,000 mangsa dipindahkan dari Segamat, Johor, berikutan paras air terus meningkat.



Di Pahang, Jabatan Meteorologi turut meletakkan Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran di bawah tahap jingga iaitu ramalan hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam.

Amaran serupa dikeluarkan untuk bahagian Sabah meliputi Sandakan, Telupid, Beluran dan Kudat, selain bagi Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Kelantan, amaran ribut masih dikeluarkan untuk enam jam akan datang walaupun dengan penutupan rasmi pusat perlindungan banjir sementara terakhirnya awal hari ini.

Negeri-negeri Pantai Timur lain di bawah amaran kuning termasuk Terengganu dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub), serta beberapa bahagian di Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Sandakan).



Ia juga meramalkan ribut petir dalam tempoh enam jam di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim), Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan sehingga 4 Januari


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.