Asteroid gergasi lintas bumi 18 Januari ini

Asteroid gergasi lintas bumi 18 Januari ini

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meramalkan asteroid gergasi dengan saiz dua kali ganda lebih besar dari bangunan Empire State di New York, akan melintasi bumi dengan jarak 1.93 juta kilometer sejam, pertengahan bulan ini.

Lapor Daily Mail, Asteroid 7482 (1994 PC1) bagaimanapun tidak menimbulkan ancaman kepada bumi kerana ia akan berada lima kali lebih jauh dari planet dan bulan.

Menurut Pusat Kajian Objek Berdekatan Bumi (CNEOS) NASA, asteroid itu adalah objek yang berpotensi bahaya kerana melintasi orbit bumi semasa mengelilingi matahari.

Batu angkasa itu mempunyai ukuran 999 meter dan selepas menghampiri bumi 18 Januari ini, kira-kira pukul 9.51 malam (waktu tempatan), batu angkasa itu tidak akan berada dekat dengan bumi sehingga 2105.

Asteroid 1994 PC1 yang mengorbit matahari setiap 1.5 tahun, pertama kali ditemukan pada 1994 oleh ahli astronomi, RH McNaught menggunakan balai cerap Siding di Australia.

Bulan lalu, NASA pernah memberi amaran mengenai Asteroid 2016 TR54 yang bergerak dengan kelajuan 56,327 kilometer sejam sehari sebelum perayaan Krismas.

Asteroid itu dilaporkan mempunyai saiz 10 kali ganda lebih besar daripada pokok Krismas Rockfeller di New York. Utusan

Asteroid gergasi lintas bumi 18 Januari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker