Lawatan kerja ke Eropah ketika banjir, Rashid digesa beri penjelasan telus

Lawatan kerja ke Eropah ketika banjir, Rashid digesa beri penjelasan telus

Kartunis Zunar mempersoalkan lawatan kerja Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon di luar negara, ketika kebanyakan negara di Eropah sedang bercuti sempena Krismas dan Tahun Baru.

Sehubungan itu, Zunar menyifatkan kenyataan Rashid yang mendakwa melawat beberapa negara Eropah sehingga 8 Jan atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara sedang berdepan musibah banjir besar termasuk di Johor.

“Lawatan kerja ketika Krismas? Pertahanan jenis apa itu?Siapa yang bekerja waktu itu? Mereka biasanya cuti Krismas pada hujung tahun dan tiada orang kerja waktu itu,” katanya kepada FMT merujuk kepada jawapan balas Rashid yang mempertahankan tindakannya melakukan lawatan kerja ke luar negara ketika negara dilanda musibah banjir.

Semalam Zunar berkongsi gambar yang menunjukkan Rashid bersama isteri dalam satu majlis makan di Vienna.

Beliau mendakwa menerima gambar berkenaan daripada seorang kenalan, namun enggan mendedahkan maklumat lanjut individu berkenaan.

Rashid bagaimanapun berkata, beliau ke negara Eropah itu dalam lawatan kerja atas kapasiti sebagai wakil rakyat dan Timbalan Speaker.

“Saya berada di Vienna dalam lawatan kerja. Saya di sini atas kapasiti saya sebagai wakil rakyat, sebagai ahli Parlimen.

“Saya melawat beberapa negara untuk bertemu rakan sejawatan saya atas kapasiti saya sebagai Timbalan Speaker,” kata Rashid, dipetik The Vibes.

Zunar turut meminta Rashid mendedahkan jadual kerjanya dari hari pertama beliau berada di negara terbabit termasuk wakil kerajaan yang ditemui.

“Kita menuntut dari hari pertama dia sampai pada 30hb atau 31hb itu siapa yang kamu jumpa… janganlah satu hari sahaja pertemuan atau mesyuarat, tetapi hari-hari lain dianggap lawatan kerja juga,” katanya.

Beliau turut menegur sikap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang begitu lemah mengawal Kabinet Keluarga Malaysia yang hanya mengarahkan anggota kabinet membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.

“Hairan kenapa PM begitu lemah untuk ambil tindakan, sepatutnya arahan itu tidak terhad kepada Jemaah Menteri saja, kerana secara moralnya semua pemimpin tidak patut bercuti atau berada di luar negara sekarang,” katanya.

Minggu lalu, Ismail mengarahkan anggota kabinet untuk membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.

Menurut Ismail, pembatalan cuti itu berkuat kuasa sehingga masalah banjir ketika ini selesai. FMT

Lawatan kerja ke Eropah ketika banjir, Rashid digesa beri penjelasan telus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker