Jebat JD, pegawai polis disiasat dedah maklumat tangkapan Long Tiger
Jebat JD, pegawai polis disiasat dedah maklumat tangkapan Long Tiger
Pengendali akaun Facebook yang menggunakan nama “Jebat JD” disiasat atas tindakan mendedahkan maklumat sulit berhubung operasi tangkapan lelaki Rohingya dikenali sebagai “Long Tiger”.
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan sudah dibuka terhadap lelaki yang berasal dari Klang itu yang juga bekas anggota polis.
Katanya, selain lelaki berkenaan, seorang anggota polis lain berpangkat koperal dan seorang pegawai berpangkat SAC turut disiasat berhubung kebocoran maklumat sulit itu.
“Seorang suspek (disiasat), iaitu pemilik FB Jebat JD. Kita dah buka kertas siasatan terhadap lelaki berusia 47 tahun berasal dari Klang ini, serta seorang anggota polis berpangkat koperal dan (seorang) SAC yang terlibat menyebar maklumat sulit.
“Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat sulit dan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya pada sidang media khas, hari ini.
Berhubung operasi penangkapan Long Tiger, Ayob berkata, polis telah menahan dua lelaki di Batu Pahat antara 7.25 petang hingga 3 pagi tadi kerana dipercayai bersekongkol dengan suspek.
“Seorang membantu suspek mendapatkan kad SIM, seorang lagi membantu suspek memotong gari. Turut dirampas adalah sepasang gari bersama pemotong besi,” katanya.
Menurut Ayob, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara itu beliau berkata, tindakan tatatertib turut akan diambil terhadap Ketua Polis Daerah dan Ketua Balai daerah Tangkak berhubung kecuaian dan penyeliaan sehingga menyebabkan Long Tiger dapat lolos daripada tahanan.
Semalam, Long Tiger yang dilaporkan melarikan diri dari lokap mahkamah Tangkak, Johor pada 15 Dis diberkas bersama seorang lelaki berperwatakan perempuan di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah.
Semasa tangkapan pada 3.15 petang oleh polis Bukit Aman itu, Long Tiger mengalami beberapa kecederaan selepas tergelincir dari bumbung rumah. FMT
Jebat JD, pegawai polis disiasat dedah maklumat tangkapan Long Tiger
Baca Artikel Menarik :
- Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Sila Kembali Ke Hollywood – TMJ
- 2 ADUN Warisan keluar parti ikut langkah 3 ADUN sebelum ini
- Aksi rehat separuh masa pertama rentap nyawa pemain
- Majlis kahwin artis disiasat langgar SOP
- Taikun Cina rakan kongsi Mahathir – Najib
- Paru-paru Ebby Yus mungkin perlu ditebuk
- Kucing setia menunggu di pusara tuannya
- Tiada tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM?
- Badrul Muhayat nafi melarikan anaknya
- KL Sentral Pasti Sunyi Tanpa Busking Dari Abang Meor, Pemergiannya Buat Ramai Sedih [VIDEO]
- Saya bukan sengaja memakai kostum Captain America bantu mangsa banjir
Layari Laman Facebook MYKMU</a