Budak 3 tahun maut disyaki didera ibu kandung, teman lelaki

Budak 3 tahun maut disyaki didera ibu kandung, teman lelaki

KLANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut didera menggunakan kayu, tali pinggang serta penyangkut baju di sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Insiden itu terbongkar selepas polis menerima laporan dibuat seorang pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kira-kira pukul 6.20 petang, Jumaat lalu.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan laporan memaklumkan seorang kanak-kanak lelaki dibawa ibunya ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia dengan kesan lebam pada seluruh badannya.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu disyaki didera dan dipukul dengan kayu, tali pinggang dan penyangkut baju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, bertindak atas maklumat, pihaknya memberkas seorang wanita berusia 27 tahun yang merupakan ibu mangsa pada Sabtu lalu.



“Turut ditahan teman lelaki wanita berkenaan dengan kedua-duanya kini direman enam hari sehingga 30 Disember ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” jelasnya. K Online

Budak 3 tahun maut disyaki didera ibu kandung, teman lelaki


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker