Tahi tikus: Kilang sos dan kicap diarah tutup

Tahi tikus: Kilang sos dan kicap diarah tutup

Kilang sos dan kicap di Bayan Lepas, yang produknya dipasarkan di seluruh negara dikenakan kompaun dan notis penutupan 14 hari susulan penemuan najis tikus, selain tindakan pengendali makanan melakukan aktiviti pemprosesan di atas lantai.

Pegawai Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Mohd Wazir Khalid berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mesin bagi memproses kicap didapati berkarat dan dikhuatiri mencemarkannya.

Beliau berkata, bekas yang digunakan bagi memerap cili didapati tidak bersih, malah pihaknya turut menemui sawang labah-labah dalam bekas itu.

“Turut ditemui ialah najis tikus di sekitar kilang selain bekas bertingkat digunakan bagi mengeringkan kacang soya didapati bersawang.

“Kami sudah menasihati pemilik premis supaya tidak mengabaikan kebersihan selain mengeluarkan kompaun dan arahan penutupan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Wazir berkata, pihaknya turut menemui produk dengan logo halal, malah pemilik mendakwa produk itu adalah milik pihak ketiga.

Katanya, perkara itu dipandang serius kerana produk terbabit berada dalam premis berkenaan.

“Kami sudah memberi nasihat kepada pemilik premis supaya memastikan kebersihan persekitaran berada dalam keadaan baik.

“Premis berkenaan dikenakan dua kompaun bernilai RM5,000 dan diberi notis penutupan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana gagal mematuhi PJKM,” katanya.

Sementara itu, pemilik premis mendakwa kilang terbabit sudah beroperasi selama kira-kira 20 tahun lalu, manakala produk kicap dan sos itu adalah bagi pasaran di seluruh Malaysia.

Menurutnya, pihaknya akur dengan kesalahan dilakukan dan akan melakukan pembersihan segera. FMT

Tahi tikus: Kilang sos dan kicap diarah tutup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker