Siasat dahulu sebelum hentam PM

BANJIR teruk yang melanda Selangor dan Pahang ternyata memberi kesulitan lebih 70,000 mangsanya.

Merak Jalanan yakin, selepas menyabung nyawa berdepan banjir yang mudarat, kini mangsa-mangsa kepenatan membersihkan segala kemusnahan.

Kepenatan itu Merak Jalanan faham. Insya-ALLAH dipermudahkan buat semuanya.

Cuma apa yang Merak Jalanan hairan, ada beberapa insiden antaranya mengatakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lambat menyalurkan bantuan. Walhal berita itu tidak benar.

Dan terbaharu dalam misi lawatan mangsa banjir di Hulu Langat pada Ahad oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ada satu berita kurang enak disebarkan.

Kereta ditunda dengan alasan ‘PM nak datang’ dan kenyataan yang dimuat naik di laman sosial itu kemudiannya tular sehingga mengundang caci maki netizen.

Bukan mahu membela tetapi cerita itu ada sebabnya.

Merak Jalanan menghubungi individu yang ada kredibiliti memberi kenyataan dan individu itu menyatakan kenderaan yang tersadai akibat banjir itu dialihkan kerana menghalang lalu lintas.

Kereta tepi jalan itu dialihkan dan dikumpulkan di satu tempat oleh pihak berkuasa tempatan untuk kurangkan kesesakan dan urusan pembersihan.

Bukannya kerana Perdana Menteri datang.

Merak Jalanan faham kesulitan yang kita hadapi tapi dalam keadaan sekarang, kita lapangkan dada dan orang luar jangan tambah kebencian.

Siasat dahulu sebelum hentam PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker