Tanah runtuh bawah kolej kediaman UIA, 128 mahasiswa lelaki dipindahkan [VIDEO]

Gombak: Seramai 128 penuntut lelaki di mahallah (kolej kediaman) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Jalan Gombak, di sini, dipindahkan susulan tanah runtuh berhampiran bangunan berkenaan, malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya melakukan pemantauan di lokasi berkenaan kira-kira 9 malam.

“Mengikut keterangan penuntut, kejadian tanah runtuh itu berlaku 6.45 petang ketika hujan lebat.

“UIA mengarahkan semua penghuni membabitkan 128 penuntut lelaki mengosongkan bangunan (mahallah) berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulfikar berkata, selepas pemantauan dibuat, tiada kesan rekahan dikesan pada dinding atau lantai bangunan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, ada juga berlaku mendapan pada sebuah jalan di universiti itu dengan anggaran keluasan lima meter persegi dengan kedalaman kira-kira tiga meter.

“Pihak pengurusan UIA turut bertindak menutup kawasan terbabit dengan meletakkan kon dan sawar-sawar.

“Malah, pihak terbabit turut menghubungi konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

128 penuntut UIA dipindahkan, tanah runtuh berhampiran kolej kediaman

Tanah runtuh bawah kolej kediaman UIA, 128 mahasiswa lelaki dipindahkan [VIDEO]


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker