PRU-15: Rakyat tidak tertipu lagi dengan tawaran cuti 2 hari tetapi susah berpanjangan
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya tidak tertipu lagi dengan tawaran cuti umum yang ditawarkan oleh Perikatan Nasional (PN) sekiranya gabungi itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Zahid berkata bahawa BN adalah satu-satunya gabungan yang mampu menjanjikan kestabilan dan kemakmuran negara.
“Jangan hanya kerana mahu dapat cuti dua hari ditawarkan PN selepas PRU15 kesudahannya dapat ketidakstabilan dan ketidakmakmuran berpanjangan.
“Dulu pernah dapat cuti dua hari daripada Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14, kesudahannya sebahagian rakyat dapat cuti panjang disebabkan hilang pendapatan atau pekerjaan.
“Jadikan pengalaman kerosakan sosio ekonomi lalu sebagai iktibar apabila dihidangkan sekali lagi dengan tawaran yang sama oleh lawan BN,” katanya.
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran manifiesto tawaran gabungan itu, 7 November lalu, berkata bahawa jika mereka menang kali ini, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor akan diberi cuti pada Ahad, 20 November manakala bagi negeri-negeri lain pula mereka akan diberikan cuti pada Isnin, 21 November.
Katanya, ini bagi membolehkan pengundi luar pulang selepas mengundi pada PRU15 tanpa perlu memohon cuti
Bagaimanapun, Zahid berkata bahawa tawaran BN memberi cuti bergaji pada hari lahir adalah lebih komprehensif dan berkesan.
“Usah gadai masa dèpan negara hanya kerana terpesona dengan cuti singkat 48 jam berbanding musibah terpaksa ditempuhi untuk tempoh yang lama.
“Berbanding tawaran BN cuti bergaji pada hari lahir bersifat komprehensif dan berkesan dalam menjaga kebajikan serta mengiktiraf sumbangan golongan pekerja.”Masa tidak menunggu kita. Jangan kata 48 jam yang ditawarkan, lima jam pun sudah cukup untuk lawan BN menambahkan lagi kerosakan kepada negara,” katanya.
Untuk rekod, pada PRU14, Pengerusi PH ketika itu Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 10 dan 11 Mei akan diisytiharkan sebagai cuti umum sekiranya gabungan pembangkang itu memenangi PRU.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- BAS pelajar UPSI terbabas jatuh cerun bukit [VIDEO]
- GTA nampak tidak dapat sambutan sebab tiada duit untuk buat sepanduk dan bendera – Mahathir
- Suasana tegang apabila calon PH dan PN hampir ‘bercium’ di pasar malam [VIDEO]
- Hajiji bidas Muhyiddin, kami urus politik Sabah ikut cara ‘Sabah’
- Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati
- Menang di Tumpat PAS tak janji tingkatkan kualiti air tapi tawar korban 20 ekor lembu
- Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan
- Anwar yang rosakkan negara – Mahathir
- Aaron Carter ditemui mati lemas dalam tab mandi
- Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
- Abang Jo bidas Muhyiddin khianat janji, tiada kerjasama selepas PRU-15
- Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
- Anwar masuk penjara sebab jenayah bukan macam Nelson Mandela
- Bengang dengan A.Aida
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]
Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang
Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.