Hishammuddin bidas Guan Eng, sampai kiamat pun dia takkan kata saya berjaya

Hishammuddin bidas Guan Eng, sampai kiamat pun dia takkan kata saya berjaya

Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein, berkata tindakan Lim Guan Eng meletakkan beliau di tangga teratas dalam senarai menteri gagal kerana pengerusi DAP itu bimbang dengan apa sudah dilakukannya setakat ini untuk menyelamatkan projek kapal tempur pesisir (LCS).

“Dalam politik apabila dia keluarkan kenyataan begitu, maknanya dia bimbang apa yang dah kita lakukan.



“Orang yang tak endahkan kita maknanya kita tak buat kerja dan saya nak beritahu kepada Guan Eng cakaplah lebih, kerana saya tahu sampai kiamat pun dia takkan kata bahawa saya menteri dah berjaya,” katanya pada sidang media.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi DAP itu yang menyenaraikan nama 10 menteri disifatkannya gagal menjalankan tugas bawah pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Bekas menteri kewangan ketika pentadbiran Pakatan Harapan itu meletakkan nama Hishammuddin, menteri kanan daripada Umno dalam senarai teratas susulan skandal pembelian enam kapal LCS bernilai RM9 bilion.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melawat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan sempena inisiatif kesihatan Angkatan Tentera Malaysia.



Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, beliau akan mengumumkan perkembangan terkini projek LCS yang disifatkannya telah mencapai banyak kemajuan.

“Saya akan umumkan minggu depan perkembangan (projek LCS). Banyak benda yang dah kita lakukan kerana saya dah umumkan dalam enam bulan ini tempoh mobilisasi dan banyak perkara yang orang tak tahu kita dah lakukan setakat hari ini,” katanya.

Pada 20 April lalu, Kabinet bersetuju meneruskan perolehan LCS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan akan memantau dengan teliti tempoh mobilisasi enam bulan untuk memulakan semula projek itu.

Hishammuddin pada 8 Ogos memberi jaminan LCS pertama yang dibina oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan siap dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun atau dua tahun lagi.



Ia susulan pendedahan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, bahawa Kementerian Pertahanan dan BNS tidak menghiraukan pandangan TLDM mengenai projek LCS.

Beliau berkata, pada asalnya, kapal model Sigma yang dipilih tentera laut telah diluluskan kementerian itu, tetapi ia ditukar kepada model Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS pada 8 Julai 2011.

Katanya, tiada sebuah pun LCS diserahkan kepada kerajaan sehingga kini, walaupun RM6.08 bilion sudah dibayar kepada BNS yang mendapat projek itu secara rundingan terus. Mengikut jadual asal, BNS sepatutnya menyerahkan lima unit LCS sejak 2013 hingga Ogos tahun ini. FMT

Hishammuddin bidas Guan Eng, sampai kiamat pun dia takkan kata saya berjaya




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut



Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker