Sukarelawan demam selepas jumpa mayat tersepit kereta

Sukarelawan demam selepas jumpa mayat tersepit kereta

Sukarelawan Pertubuhan Peduli Ummah (Si Peduli) berkongsi pengalaman membantu pihak berkuasa membawa keluar mayat mangsa banjir yang ditemui di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Mohd Shafiq Fauzan Jemadi, 33, berkata, beliau bersama rakannya, Mohamad Zulfatah Adnan, 23, menemui mayat mangsa banjir tersepit di sebuah kereta pada 10.20 malam Ahad lalu.

“Ketika itu, kami melakukan rondaan untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk di kawasan terbabit.

“Keadaan di situ gelap gelita dan ketika meninjau kawasan sekeliling dengan lampu suluh, saya dan Mohamad Zulfatah ternampak sekujur tubuh terapung dan tersepit di sebuah kereta.

“Kami maklumkan kepada anggota bomba bertugas dan membantu mengangkat mayat itu menaiki bot sebelum membawanya ke tempat berkumpul,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Shafiq berkata, itu antara pengalaman tidak dapat dilupakan semasa menyertai misi menyelamat dan menghantar makanan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda.

Katanya, ia juga pengalaman pertama beliau melihat mayat mangsa banjir dan membantu pihak berkuasa melakukan kerja menyelamat.

“Saya pernah menyertai beberapa siri bantuan sebelum ini, tetapi kebanyakannya membabitkan pengagihan sumbangan.

“Kali ini, saya dapat rasai pengalaman dua dalam satu, iaitu menghantar bantuan dan membantu pihak berkuasa menyelamat mayat mangsa lemas akibat banjir.

“Sampai demam saya dibuatnya selepas pulang daripada misi itu, namun ia satu pengalaman berharga.”

Presiden Si Peduli, Hanapi Muda berkata, 40 sukarelawan pertubuhan itu dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur terbabit dalam misi bantuan kali ini. FMT

Sukarelawan demam selepas jumpa mayat tersepit kereta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker