Bantuan Wang Ihsan tiada tarikh tutup

Sebaran :

Bantuan Wang Ihsan tiada tarikh tutup

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkaitan tarikh tutup bagi Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada ketua isi rumah (KIR) terjejas banjir.

NADMA dalam kenyataan malam ini memaklumkan FAQ (soalan lazim) yang dirujuk Yeoh mengenai perkara itu adalah garis panduan lama.

“Ia tidak lagi terpakai lanjutan pengumuman Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) dan arahan ini turut dilanjutkan kepada semua kerajaan negeri.



“Dakwaan Hannah Yeoh yang menyatakan terdapat tarikh tutup permohonan BWI tidak benar memandangkan kejadian bencana adalah sesuatu yang tidak dapat diramal,” menurut kenyataan itu.

Pada 21 Dis lalu, Ismail memutuskan semua KIR yang terkesan dengan banjir wajar menerima BWI setiap kali ditimpa bencana.

Sebelum ini, kelayakan BWI hanya diberikan sekali dalam musim bencana diisytiharkan.

Namun, atas keprihatinan Perdana Menteri, BWI kini boleh dituntut setiap kali bencana menimpa, tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).



Sementara itu, NADMA memaklumkan peruntukan fasa pertama sebanyak RM26.9 juta telah disalurkan ke 11 negeri untuk pembayaran bantuan wang ihsan sehingga kini.

Tambahan akan diberikan mengikut keperluan, menurut kenyataan itu. FMT

Bantuan Wang Ihsan tiada tarikh tutup


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *