Siapa boleh bantu cari ‘Abang Viva’, tanya usahawan

Siapa boleh bantu cari ‘Abang Viva’, tanya usahawan nak sumbang kereta baharu

Seorang usahawan barangan penjagaan kesihatan meminta bantuan warganet untuk berhubung dengan individu yang tular baru-baru ini atas usaha ikhlasnya datang membawa bot dari Melaka membantu mangsa banjir.

Wan Siti Aishah Wan Hasan, dalam catatan menerusi akaun Facebooknya menggunakan nama Sha Hasan, berkata beliau sudah banyak kali cuba menghubungi Azwan Omar, yang lebih dikenali di media sosial sebagai “Abang Viva”, namun tidak berjaya.



“Ada tak sesiapa boleh bantu saya untuk hubungi Abang Viva? Saya ada WhatsApp beliau, tapi tiada respons.

“InsyaAllah, saya nak hadiahkan kereta baharu untuk beliau,” katanya.

Dalam ruangan komen, ramai yang memuji Aishah atas kemurahan hatinya, selain turut memberi maklumat mengenai keberadaan Azwan.

Dua hari lalu, FMT melaporkan kisah Azwan berbekal RM50 dan bot bergegas dari Melaka ke Shah Alam dengan kereta Vivanya bagi membantu mangsa banjir.



Beliau mengalas perut dengan roti dan air dan sumbangan daripada orang ramai yang diterimanya diberi kepada mangsa banjir dan NGO yang membantu. FMT

Siapa boleh bantu cari ‘Abang Viva’, tanya usahawan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker