Rumah Mark Adam Dibadai Taufan (Video)

Rumah Mark Adam Dibadai Taufan (Video)

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Mark Adam telah berkongsi tentang keadaan rumah keluarganya di Cebu, Filipina yang mengalami sedikit kerosakan akibat dilanda ribut taufan menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Mark turut memberitahu bahawa ibu dan keluarganya berada dalam keadaan selamat selain menyertakan sepotong video yang memperlihatkan keadaan terkini rumah keluarganya.

Keadaan terkawal cuma bekalan elektrik masih lagi terputus dan mereka terpaksa duduk di rumah. Saya masih usahakan apa yang patut kerana mereka perlu bergantung pada generator.

Sungguhpun keluarganya selamat dan dalam keadaan baik, namun jauh di sudut hati Mark, dia ingin segera pulang ke Cebu untuk menziarahi ibu tercinta.

Tambah Mark, dia memang ingin pulang ke Cebu sejak pandemik berakhir lagi tetapi penerbangan terus ke sana sudah tiada dan dia sendiri tidak tahu kenapa ia jadi sebegitu.

Disebabkan itu, Mark memberitahu yang dia hanya mampu melepaskan rindu menerusi panggilan video bersama ibunya di sana.

Buat masa ini, saya hanya berhubung dengan mereka menerusi panggilan video. Kakak saya juga memberikan perkembangan terkini tentang keadaan di sana.

Dalam pada itu, Mark turut mendoakan kesejahteraan keluarganya di sana sementara dia masih belum berkesempatan untuk menjenguk mereka.

Bukan hanya untuk keluarganya, ianya juga untuk mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di Malaysia kerana doa merupakan salah satu bentuk bantuan. Bn

Rumah Mark Adam Dibadai Taufan (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker