Penghantar makanan guna duit poket sendiri bantu mangsa banjir

Penghantar makanan guna duit poket sendiri bantu mangsa banjir

Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa negeri.

Terbaharu, video yang dimuat naik wartawan Astro Awani, Ridauddin Daud di Twitter memaparkan sekumpulan penghantar makanan menyumbang barang keperluan kepada mangsa banjir tular di media sosial.

“Semua ‘rider’ ini baru 18 tahun, namun semangat, jiwa mereka cukup besar. Cuti tujuh hari untuk bantu mangsa banjir. Tabik untuk anda,” menurut Tweet tersebut.

Difahamkan, 80 hingga 100 penghantar makanan itu membantu secara sukarela, dengan menghantar barang keperluan sejak semalam.

Di dalam video terbabit, salah seorang ‘rider’ memberitahu mereka mengambil inisiatif sendiri dengan mengumpul duit bersama bagi disalurkan kepada kawasan-kawasan yang terkesan.

“Minggu ini memang kami cuti, nak fokus tolong mangsa-mangsa banjir,” kata salah seorang wakil sekumpulan rider muda.

Difahamkan bahawa mereka sudah empat hari membantu mangsa-mangsa banjir dan mereka turut bergerak membantu ke kawasan-kawasan lain juga. FMT

Penghantar makanan guna duit poket sendiri bantu mangsa banjir

hr />

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker