Manusia tertua berumur 135 tahun meninggal dunia

Manusia tertua berumur 135 tahun meninggal dunia

Seorang wanita yang dipercayai telah hidup selama 135 tahun dilaporkan meninggal dunia pada Khamis minggu lalu, lapor akhbar New York Post semalam.

Menurut akhbar Daily Mail, wanita bernama Almihan Seyiti dari wilayah Xinjiang, barat China itu dilahirkan pada 25 Jun 1886 semasa China diperintah oleh Dinasti Qing.

Almihan secara rasmi diisytiharkan sebagai manusia tertua hidup di negara itu oleh Persatuan Gerontologi dan Geriatrik China pada 2013.

Pihak berkuasa melaporkan bahawa Almihan meninggal dunia ‘dengan aman’ pada 16 Disember lalu sambil dikelilingi ahli keluarganya.

Wanita itu berkahwin pada 1903 dengan suaminya yang kemudian meninggal dunia pada 1976.

Mereka dikatakan mengambil dua anak angkat iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan untuk meneruskan keturunan generasi keenam dan meninggalkan keturunan sebanyak 43 cucu dan cicit.

Wanita etnik Uighur dari bandar Komuxerik di daerah Shule, wilayah Kashgar itu mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang menggambarkan tarikh lahirnya pada lewat abad ke-19.

Bagaimanapun, ada pihak yang meragui umurnya disebabkan amalan penyimpanan rekod yang lemah ketika itu.

Komuxerik telah dipanggil ‘bandar panjang umur’ oleh sesetengah pakar kerana komuniti itu mempunyai berpuluh-puluh warga emas berumur 90 tahun dan ke atas.

Wakil Rekod Dunia Guinness tidak dapat mengesahkan umur Almihan tetapi jika benar, dia sememangnya menjadi manusia tertua di dunia. K Online

Manusia tertua berumur 135 tahun meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker