Banjir: Acryl akui koordinasi lambat pada awal banjir

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengakui koordinasi pengurusan dan bantuan semua agensi kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda di sini agak lambat pada hari pertama kejadian, Sabtu lalu.

Beliau berkata, bagaimanapun perkara itu dapat diatasi pada hari kedua dengan menggerakkan dan mengkoordinasi semua tindakan daripada agensi terlibat.

Tambahnya, seperti semua sedia maklum kejadian banjir masih lagi dalam paras bahaya.

“Kita dapati mangsa banjir di Shah Alam ini berada di rumah teres sama ada satu atau dua tingkat serta kediaman jenis apartmen dan pangsa.

“Jadi, kepadatan penduduk di Shah Alam berbeza dari Kelantan, Pahang, Terengganu dan negeri lain yang mana urusan pemindahan itu berlaku dengan mudah di negeri tersebut disebabkan lokasi dan bentuk penempatan,” katanya pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Sri Muda, Seksyen 25 hari ini.

Kata beliau, ini seterusnya memberikan cabaran besar kepada pihak berkuasa dalam membantu mengeluarkan mangsa tersebut.

“Namun demikian, kita berjaya meningkatkan keupayaan bagi memastikan bahawa hampir semua mangsa diselamatkan dan diselamatkan dengan menghantar makanan,” katanya. -K!ONLINE

Banjir: Acryl akui koordinasi lambat pada awal banjir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker