Lelaki rentung, isteri, dua anak parah kereta terbakar

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbakar dalam kemalangan di Jalan Kulim-Baling, Kulim dekat Kedah hari ini.

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Kulim-Baling berhampiran persimpangan lampu isyarat Batu Puteh, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, mangsa berusia 27 tahun yang tersepit di dalam kereta jenis Proton Iswara Aeroback meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara isteri mangsa berusia 28 tahun dan dua anak berusia tiga dan empat tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Kulim ke Baling dipercayai terbabas ke laluan bertentangan.

“Kereta tersebut kemudian dilanggar kereta jenis Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun yang datang dari arah bertentangan, perlanggaran itu mengakibatkan pemandu Proton Iswara Aeroback tersepit sebelum kereta tersebut terbakar.

“Isteri dan dua anak mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Kulim dan sedang dirawat di zon merah,” jelasnya.

Tambahnya, pemandu Toyota Camry tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala siasatan mendapati dia memandu dalam keadaan lesen tamat tempoh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker