Suami isteri dicekup, disyaki bersubahat dengan Long Tiger

Suami isteri dicekup, disyaki bersubahat dengan Long Tiger

Sepasang suami isteri ditahan polis kelmarin bagi membantu siasatan selepas disyaki bersubahat dengan seorang lelaki warga Myanmar dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret di Tangkak pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pasangan warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Gambir pada 12.30 tengah malam kelmarin.

“Mereka (suami isteri) itu adalah rakan (Long Tiger). Kita masih lagi melancarkan operasi untuk mengesan Long Tiger dan percaya dia masih berada di sekitar kawasan Bukit Gambir dan sebagainya.

“Saya menyeru kepada masyarakat dan orang awam, jangan sesekali melindungi Long Tiger ini kerana dia sedang diburu oleh pihak polis.

“Kalau kita dapat maklumat dan ada bukti bahawa ada orang awam mencuba melindungi Long Tiger, kita akan buat tindakan yang sama,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Ops Khas Bersepadu (Bas Ekspres/Persiaran) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Hentian Simpang Renggam (Utara) Lebuhraya Utara Selatan di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, pihaknya menyiasat segala aspek termasuk elemen rasuah yang mungkin berlaku sehingga Long Tiger boleh lolos dari tahanan polis sebelum ini.

“Kita siasat segala aspek sama ada dia bersubahat, bersengkongkol atau dirasuah, itu semua kita siasat bukan dari segi kecuaian sahaja,” katanya. FMT

Suami isteri dicekup, disyaki bersubahat dengan Long Tiger


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker