Uyaina Arshad, Raja Syahiran selamat bernikah

Sebaran :

Uyaina Arshad, Raja Syahiran selamat bernikah

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, 29, selamat bernikah dengan penyanyi Raja Syahiran, 28, pada jam 9.03 pagi di Colony Star Boulevard, di sini, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang kandung, Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua saksi.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.



“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.

“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.

Syahiran atau nama penuhnya Raja Azhanrianshah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina.

Tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua belah keluarga.



Menurut Uyaina, dia dan Syahiran memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu namun terpaksa menangguhkan hasrat itu disebabkan varian baharu Covid-19.

“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” katanya.

Pada majlis itu, kira-kira 100 tetamu menghadiri majlis yang dinanti-nantikan itu. Antara yang hadir adalah ahli keluarga dan rakan terdekat.

Pasangan ini, memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka, yang juga akronim Uyaina Raja Syahiran serta singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.



Selain itu, #HinggaAkhirWaktu juga menjadi tanda pagar pilihan pasangan ini yang mana menjadi judul lagu ciptaan Syahiran bersama Uyaina. Lagu terbabit dihadiahkan oleh ibu Uyaina, Siti Noor Farah.

Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari depan.

Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019. hm

Uyaina Arshad, Raja Syahiran selamat bernikah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *