120 sekolah agama, surau dan masjid terjejas akibat banjir
120 sekolah agama, surau dan masjid terjejas akibat banjir
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenal pasti 30 masjid, 60 surau dan 30 sekolah agama yang terjejas teruk akibat banjir dan mengalami kerosakan, serta memerlukan penyelenggaraan dan baik pulih segera, setakat semalam.
Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata hampir keseluruhan karpet masjid dan surau rosak, selain kelengkapan elektrik, sistem pembesar suara, sejadah, mashaf al-Quran, kitab dan bahan bacaan, perabut, alatan masjid, siling dan bumbung masjid perlu kepada kerja pembaikan agar dapat kembali berfungsi dengan segera.
“Institusi sekolah agama di bawah seliaan jabatan ini juga menghadapi situasi sama. Jabatan ini menjangkakan angka masjid, surau dan sekolah terlibat akan menjadi lebih besar ekoran paras air di beberapa daerah seperti Kuala Langat dan Kuala Selangor mula naik sejak pertengahan malam tadi,” katanya dalam kenyataan semalam.
Justeru, beliau berkata jawatankuasa khas JAIS peringkat negeri dan daerah ditubuhkan serta merta bagi menyelaras jenis dan bentuk bantuan kepada mangsa banjir melibatkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS).
“Jawatankuasa bermesyuarat pagi tadi bersetuju untuk mengambil langkah segera menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan mengikut skop dan jenis bantuan kepada mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dan seterusnya di peringkat pasca bencana,” katanya.
Mohd Shahzihan berkata jawatankuasa khas turut membuat keputusan menyalurkan bantuan kelengkapan 210 unit ‘water jet’ bagi kemudahan masjid, surau dan sekolah, serta bantuan keperluan makanan basah di semua PPS di 36 masjid dan surau dari Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) berjumlah RM250,000.
“TIJARI, LZS dan TERAS akan terus menyalurkan sumbangan makanan kering dan keperluan harian di PPS yang lain. Turut diputuskan ialah penyaluran bantuan kelengkapan pembersihan oleh MAIS dan penggantian karpet masjid dan surau yang terjejas oleh LZS,” katanya.
Beliau berkata bagi memastikan usaha penyelarasan bantuan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan, Bilik Gerakan Khas diwujudkan serta-merta dan akan beroperasi dari 8 pagi hingga 6 petang dan boleh dihubungi di talian 03-5514 3439 atau 03-5514 3761.
Bilik Gerakan itu akan memberi informasi terkini masjid, surau dan sekolah yang terjejas serta maklumat lain yang diperlukan oleh mana-mana pihak dari dalam dan luar Selangor, berhubung hasrat menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa dan institusi terjejas banjir. FMT
120 sekolah agama, surau dan masjid terjejas akibat banjir
Baca Artikel Menarik :
- Sebahagian kawasan Hulu Langat umpama dilanda tsunami
- Peja dibalun bertubi-tubi
- Ong Kian Ming kongsi gambar tolong mangsa banjir pakai baju Armani dikritik netizen
- Demi Allah, saya tak guna helikopter kerajaan – Jovian
- Billie Eilish tonton filem lucah sejak usia 11 tahun
- Resort Aliff Syukri di Janda Baik hampir musnah
- Ramai sayang Mimi Fly
- Saya dah tak ada rumah sekarang – Afieq Shazwan
- Rumah baharu dihanyut banjir, bukan rezeki saya – Ebby Yus
- BN akan bantu sedaya mungkin – Najib
- Bukan desak PRU awal tapi fikirlah secara bijaksana masa terbaik – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis
You must be logged in to post a comment.