Keselamatan mangsa banjir dan bekalan makanan jadi keutamaan kerajaan

Keselamatan mangsa banjir dan bekalan makanan jadi keutamaan kerajaan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memindahkan mangsa banjir yang terkandas serta menyediakan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, setakat pukul 11 malam tadi, sebanyak 188 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di seluruh negara di enam buah negeri yang terjejas iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Setakat ini seramai 11,384 mangsa daripada 4,500 keluarga telah dipindahkan ke PPS dan pada masa sama terdapat 521 pangkalan Jabatan Kebajikan Masyarakat tersedia di seluruh negara bagi membantu mangsa yang ditempatkan di PPS.

“Keutamaan sekarang adalah untuk menyelamatkan nyawa dahulu. Mana yang masih terperangkap kita mahu pindahkan, tidak boleh lama kita tak tahu sama ada paras air akan naik atau surut,” katanya pada sidang akhbar di Markas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di sini lewat malam tadi.

Tambah beliau, sebarang pemberian berbentuk bantuan kewangan dan sebagainya akan dibincangkan kemudian memandangkan yang lebih utama adalah keselamatan serta nyawa mangsa yang terlibat,

Menurut Ismail Sabri, beliau juga telah berhubung dengan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang agar menggerakkan lebih ramai anggota bersama aset untuk membantu operasi pemindahan mangsa terperangkap kerana air naik dengan cepat.

“Berhubung pengisytiharan darurat di Selangor dan Kuala Lumpur, kita masih menunggu dan melihat sama ada terdapatnya keperluan untuk berbuat demikian

“Saya juga telah berhubung dengan Ketua Setiausaha Negara dan Majlis Keselamatan Negara untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini, tindakan yang dibuat adalah menggerakkan seramai mungkin anggota tentera, polis dan bomba termasuk aset-aset untuk kita lakukan aktiviti menyelamat mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut situasi banjir di Selangor, Ismail Sabri berkata, keadaan menjadi agak kelam kabut memandangkan negeri itu kebiasaannya tidak terjejas apabila tibanya musim tengkujuh.

“Kejadian banjir di Selangor agak mengejut kerana bagi negeri-negeri di pantai timur, segala persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh telah dilakukan lebih awal dan Selangor sebelum ini sangat jarang dinaiki air dengan teruk apabila tibanya monsun timur laut.

“Walaupun mengejut, kita tetap bersedia dan telah membuka sebanyak 45 PPS yang menempatkan 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga. Sebanyak 453 aset kenderaan dan logistik daripada pelbagai agensi kerajaan juga telah digerakkan untuk membantu mangsa dengan kekuatan 2,817 anggota,” ujar beliau.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 5,731 buah PPS tersedia di seluruh negara yang boleh menempatkan seramai 1,628,512 mangsa.

“Mereka yang terkandas atau memerlukan sebarang bantuan boleh menghubungi hotline National Disaster Command Centre (NDCC) di talian 03 80642400,” katanya. K Online

Keselamatan mangsa banjir dan bekalan makanan jadi keutamaan kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker