Kenderaan ditenggelami air, pemandu lori maut akibat lemas
Kenderaan ditenggelami air, pemandu lori maut akibat lemas
KUALA SELANGOR – Seorang pemandu lori lemas apabila kenderaan ditenggelami banjir dalam kejadian di laluan berhampiran Simpang Desa Coalfield di sini pada Ahad.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.50 pagi.
Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dan bantuan dari BBP Bestari Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.
“Mangsa berusia 45 tahun dipercayai lemas dalam usaha menyelamatkan diri dalam lori yang dinaiki air secara tiba-tiba,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
Norazam berkata, mayat mangsa ditemui jam 5.30 petang Ahad pada jarak lima meter dari lokasi dilaporkan tenggelam.
“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Sinar
Kenderaan ditenggelami air, pemandu lori maut akibat lemas
Baca Artikel Menarik :
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)