Hujan lebat dua hari lumpuhkan Lembah Klang

Sebaran :

Hujan lebat dua hari lumpuhkan Lembah Klang

Hampir seluruh laluan dari ibu kota ke Shah Alam dan Klang ‘terputus’ ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan sejak tengah hari tadi.

Tinjauan di Lebuh Raya Persekutuan petang tadi mendapati ribuan kenderaan terkandas dari kedua-dua arah Shah Alam ke Kuala Lumpur.

Selain lebuh raya terbabit, beberapa laluan lain turut ditutup kepada pengguna jalan raya melibatkan Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Plaza Tol Shah Alam serta Plaza Tol Bukit Raja.



Mengikut info di laman Twitter rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), menunjukkan banjir di NKVE berlaku di Kilometer (KM) 8.3 arah Selatan dari Shah Alam ke Setia Alam menyebabkan semua lorong masih terhalang.

Begitu juga semua lorong NKVE KM 8.3 arah Utara dari Setia Alam ke Shah Alam turut terhalang.

Bagi Elite pula, semua lorong di KM 3.0 arah Utara dari Seafield ke Shah Alam serta KM 3.0 arah Selatan dari Shah Alam ke Seafield terhalang.

Semua lorong masuk di Plaza Tol Bukit Raja ditutup berikutan banjir di KM 8.7 arah utara dari Setia Alam ke Shah Alam sejak 3.36 petang tadi, manakala semua lorong di Plaza Tol Shah Alam turut ditutup sejak 2.29 petang.



Selain lebuh raya, beberapa kawasan sekitar Shah Alam turut terjejas dengan kejadian banjir antaranya Seksyen 13, Taman Sri Muda, TTDI Jaya, Setia Alam Johan Setia, Pandamaran, Klang, dan beberapa kawasan lain.

Turut terjejas ratusan gerai, kedai makan, kedai serbaneka, pasar raya dan taman perumahan sekitar Shah Alam dan Klang.

Kosmo! difahamkan banyak kawasan yang sebelum ini tidak pernah ditenggelami banjir kini lumpuh apabila hujan yang berterusan sejak dua hari lalu.

Turut dilaporkan juga, hampir seluruh hotel sepanjang laluan Lebuh Raya Persekutuan penuh ditempah orang ramai yang kebanyakannya terkandas untuk pulang ke Shah Alam dan Klang. K Online



Hujan lebat dua hari lumpuhkan Lembah Klang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *