Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri

Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu malam ini.

Istiadat angkat sumpah itu dilafazkan dihadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri Sarawak di sini sebentar tadi.

Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas gabungan parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Setakat pukul 10 malam tadi, GPS berjaya memenangi sebanyak 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Terdahulu, Abang Johari bersama pemimpim GPS lain berada di Pusat Konvensyen Borneo Kuching bagi meraikan kemenangan GPS yang berjaya menerima mandat membentuk kerajaan. K Online

Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker