Selamat Bersidang Ahli UMNO, Jangan Sia-siakan Keyakinan Rakyat – Zahid
Selamat Bersidang Ahli UMNO, Jangan Sia-siakan Keyakinan Rakyat – Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menenekankan agar ahli-ahli UMNO yang bakal melaksanakan persidangan Mesyuarat Bahagian esok agar tidak mensia-siakan keyakinan rakyat seperti apa yang telah rakyat buktikan dalam PRN Melaka baru-baru ini.
Katanya, tiada apa mampu melemahkan kekuatan dan kesatuan UMNO selagi ahli berpegang teguh kepada kebenaran, ketulusan dan keikhlasan.
“Saya ucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan ke Mesyuarat UMNO Bahagian-Bahagian seluruh negara.
“Seperti pernah saya nyatakan jadikanlah persidangan kali ini sebagai suatu wacana kesatuan fikiran yang paling utuh pernah disaksikan.
“Jadikan juga ia sebagai platform untuk memperkukuhkan kemuafakatan, memperkuatkan keyakinan dan memperkasakan iltizam demi UMNO,” katanya.
Maka katanya, menjadi tanggungjawab dan amanah kepada UMNO untuk menjadikan ia suatu kenyataan kerana UMNO adalah parti milik rakyat.
“Ingatlah rakyat meletakkan harapan besar kepada UMNO untuk mengembalikan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan,” katanya lagi menerusi hantaran dalam laman facebooknya. Umno Online
Selamat Bersidang Ahli UMNO, Jangan Sia-siakan Keyakinan Rakyat – Zahid
Baca Artikel Menarik :
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU</a
‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.