Lelaki 40 tahun kahwin gadis 22 tahun, mas kahwin cuma RM23

Lelaki 40 tahun kahwin gadis 22 tahun, mas kahwin cuma RM23

Lelaki 40 tahun kahwin gadis 22 tahun, mas kahwin cuma RM23
Tangkap layar video menunjukkan pengantin lelaki melafazkan akad nikah di hadapan tok kadi. – TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan seorang lelaki berusia 40 tahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berumur 22 tahun.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pasangan pengantin baharu yang memakai pakaian berwarna unggu itu sedang duduk di lantai.

Pengantin lelaki kemudian melafazkan akad nikah di hadapan kadi sambil disaksikan ahli keluarga serta saudara-mara terdekat mereka.

Dia turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai 100,000 rupiah (RM23) kepada pengantin perempuan. Produk penjagaan lelaki

Rakaman itu mencatatkan lebih 470,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Cuma 100,000 rupiah? Jangan terima!” kata seorang netizen.

“Beli sarapan di restoran Pagi Sore sahaja sudah habis,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Lelaki 40 tahun kahwin gadis 22 tahun, mas kahwin cuma RM23


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Berhemah BN Tonjol Komitmen, Bukan Serangan Peribadi – Wan Rosdy

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker