Ingatkan tangkap ikan gergasi, rupanya anak buaya

Ingatkan tangkap ikan gergasi, rupanya anak buaya

Ingatkan tangkap ikan gergasi, rupanya anak buaya
Tangkap layar video menunjukkan anak buaya itu terperangkap di dalam jala. – TikTok

NEW DELHI – Seorang budak lelaki di India berdepan detik cemas apabila jalanya yang berat disangka menangkap ikan gergasi rupanya memuatkan seekor anak buaya, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video kejadian dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan kanak-kanak terbabit melempar jala di tengah sungai.

Selepas merasakan jalanya ‘ditarik’ dan terlalu berat, dia menarik peralatan menangkap ikan itu.

Dia terkejut selepas tangkapan yang disangka ikan gergasi, rupa-rupanya seekor anak buaya. Ikan & Akuarium

Rakaman itu mencatatkan lebih 430,000 tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

“Nasib baik dia tidak terjun ke dalam sungai,” kata seorang netizen.

“Ini ‘ikan premium’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Ingatkan tangkap ikan gergasi, rupanya anak buaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Berhemah BN Tonjol Komitmen, Bukan Serangan Peribadi – Wan Rosdy

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker