Penduduk tangkap ular 7 meter baham kambing

Penduduk tangkap ular 7 meter baham kambing  

Penduduk tangkap ular 7 meter baham kambing
Orang ramai melihat ular sawa gergasi yang ditangkap selepas membaham seekor kambing ternakan baru-baru ini. – Istimewa

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di wilayah Sulawesi Tenggara menangkap seekor ular sawa gergasi sepanjang 7 meter yang masuk ke dalam kandang haiwan ternakan dan menelan seekor kambing, lapor laman berita Kendari Info.

Kejadian berlaku di Desa Wasilomata, daerah Mawasangka, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan ular menyamai saiz paha orang dewasa itu diikat dengan tali dan pita pelekat sebelum dibunuh.

Seorang pengguna platform Facebook bernama Kai Mulet Gacor berkata, ia merupakan penemuan kedua ular sawa di kandang kambing penduduk.

“Seekor ular sawa ditemui di kandang kambing buat kali kedua dan kali ini, saiznya jauh lebih besar.

“Beberapa hari lalu, reptilia sama sempat membaham seekor kambing milik penduduk sebelum dibunuh,” katanya. – AGENSI

Penduduk tangkap ular 7 meter baham kambing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Berhemah BN Tonjol Komitmen, Bukan Serangan Peribadi – Wan Rosdy

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker