Pesawat langgar pencakar langit Beijing

Pesawat langgar pencakar langit Beijing

Pesawat langgar pencakar langit Beijing
Beberapa tingkap pecah selepas dilanggar sebuah pesawat ringan di Menara CITIC di Beijing, China kelmarin. – CNA

BEIJING – Sebuah pesawat ringan menyamai saiz kereta melanggar bangunan pencakar langit tertinggi di Beijing, menyebabkan serpihan jatuh ke tanah, manakala polis melarang orang merakam nahas itu, lapor akhbar Bangkok Post.

Pesawat Sunward SA 60L Aurora itu merempuh Menara CITIC yang juga dikenali sebagai China Zun sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) semalam, demikian menurut laman berita South China Morning Post.

Klip video yang dirakam dari bangunan berhampiran menunjukkan beberapa jentera bomba menyembur air ke arah asap yang keluar dari menara setinggi 528 meter itu.

Orang ramai bergegas keluar dari menara 109 tingkat itu dan berkumpul di jalan berhampiran pintu masuk. Tapak & Bangunan Bersejarah

Pelanggaran menyebabkan serpihan jatuh ke tanah termasuk ekor pesawat. Serpihan yang bertaburan turut menimpa cermin hadapan sebuah teksi.

Polis menghalang beberapa individu daripada merakam gambar atau video dan meminta yang lain untuk memadamkannya dengan segera.

Masih belum jelas sama ada terdapat kematian atau kecederaan.

Pihak berkuasa menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Pesawat langgar pencakar langit Beijing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Berhemah BN Tonjol Komitmen, Bukan Serangan Peribadi – Wan Rosdy

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker