MLM2021: Nak beli sampan untuk orang kampung

MLM2021: Nak beli sampan untuk orang kampung

Pelawak Sharif menegaskan kumpulan TIRO akan dikekalkan sebagai jenama baharu selepas mereka dinobatkan juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Sharif berkata, mereka juga akan bersedia untuk bertanding atas nama kumpulan itu pada MLM akan datang.

“TIRO adalah jenama baharu dan akan kekal. ZERO adalah ZERO, TIRO adalah TIRO. Samada akan bergabung lagi pada MLM tak tahu lagi. Sudah pasti orang akan minta ZERO dan TIRO. Jadi, ia bergantung pada budi bicara,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukan Atu yang juga adiknya dari kumpulan ZERO sebelum ini, Sharif secara berseloroh akan membuang Atu.

“Saya dan Syaiful (Melati) akan buang Atu,” katanya sambil tergelak.

Berkongsi mengenai wang kemenangan RM500,000, Syaiful berkata dia mahu membeli sampan bagi kegunaan orang kampungnya di Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah.

“Saya memang sudah niat, kalau ada rezeki malam ini (pentas akhir) saya nak menunaikan umrah dan beli satu sampan. Saya nak bagi peluang pekerjaan untuk orang kampung pergi kelaut. Sebab kami tinggal di perkampungan nelayan,” katanya.

Sharif pula mahu membuat simpanan dan pergi menunaikan umrah.

Sementara Danial Zaini mahu simpan sebagai persediaan kahwin.

“Saya sudah 28 tahun, jadi nak kahwin. Duit kemenangan nak simpan untuk kahwin. Selain itu kalau ada rezeki nak tunaikan haji,” katanya.

Pada pentas akhir, TIRO menewaskan empat finalis lain iaitu BORO (Achey, Atu dan Fad); PUTEH (Mamak, Vicha dan Ali); TOBAT (Ajak Shiro, Bell Ngasri dan Ropie Sharif); dan BAHYE (Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic). HM

MLM2021: Nak beli sampan untuk orang kampung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker