Ismail Sabri seloroh minta menantu, Dafi kongsi kriteria wanita pilihan

Ismail Sabri seloroh minta menantu, Dafi kongsi kriteria wanita pilihan

Penyanyi Dafi Ismail Sabri berharap bertemu wanita pilihan yang mempunyai yang menerima dia seadanya dan seorang yang ceria untuk menghiburkan hari-harinya.

Dafi atau pemilik nama penuh, Gadaffi Ismail Sabri, 33, juga berharap individu yang bakal berkongsi hidup dengannya tidak memandang pangkat dan harta sebaliknya ikhlas untuk susah senang bersamanya.



“Bukan saya mencari seseorang untuk menjadi badut, tetapi saya mahukan hubungan yang gembira dan ceria yang mana dapat menghiburkan hari-hari saya.

“Saya harap dapat bertemu dengan seseorang yang saya boleh ketawa bersama setiap hari. Saya suka orang yang boleh buat saya ketawa.

“Malah, dia juga dapat hidup susah senang bersama dan menerima saya seadanya,” katanya Dafi.

Bekas peserta Akademi Fantasia itu mengulas mengenai kriteria wanita pilihannya sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.



Terdahulu,kapsyen Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri yang mengusik anaknya dengan bertanyakan tentang calon isteri menarik perhatian netizen di laman Instagram.

Pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu menjelaskan langsung tidak mengambil hati dengan usikan bapanya yang bertanyakan soal jodoh.

“Tidaklah sehingga tertekan kerana ibu bapa saya bukan jenis yang sering bertanya kerana mereka juga memahami. Saya anggap kapsyen itu sekadar gurauan sempena hari jadi saya saja.

“Siapa yang tak nak kahwin kan? Saya sendiri mempunyai sasaran untuk apa yang ingin dicapai dalam kehidupan,” katanya.
Wc



Ismail Sabri seloroh minta menantu, Dafi kongsi kriteria wanita pilihan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)



‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker