Tip berenang dengan selamat di pantai

Tip berenang dengan selamat di pantai

MALAYSIA memiliki kawasan pantai yang panjang memandangkan kedudukan negara dikelilingi oleh laut sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, tidak semua pantai di negara ini sesuai dijadikan tempat untuk mandi disebabkan faktor tertentu seperti dipenuhi lumpur atau kehadiran haiwan berbahaya.

Antara pantai popular di negara ini termasuklah Tanjung Rhu (Kedah), Pulau Lankayan (Sabah), Pantai Pasir Putih (Johor) dan Pantai Teluk Dalam (Terengganu).

Aktiviti mandi sambil berkelah di tepi pantai bersama keluarga dan rakan-rakan sudah menjadi kebiasaan kepada kebanyakan daripada kita terutamanya pada hujung minggu.

Bagaimanapun, ramai tidak sedar aktiviti mandi di pantai boleh bertukar bencana sekiranya tidak berwaspada dengan sebarang kemungkinan.
Saban tahun, pasti ada sahaja kejadian lemas berlaku sewaktu mandi di tepi pantai dilaporkan oleh media di negara ini.

Minggu ini, Horizon ingin berkongsi tip yang boleh dipraktikkan sewaktu mandi di laut atau tepi pantai bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

1. Kenal pasti penyelamat

Selain memastikan kewujudan penyelamat bertugas, anda perlu memaklumkan kepadanya terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam air.

Penyelamat lebih mengetahui keadaan pantai dan laut di sini seperti kehadiran obor-obor atau jerung.

Kehadiran penyelamat juga sangat penting kerana lautan dan pantai berbeza dengan kolam renang kerana keadaannya sering berubah-ubah.

Sekiranya anda perenang berpengalaman dan tidak perlukan kehadiran penyelamat, sebaiknya semak keadaan laut dengan pihak berwajib.

2. Rakan berenang

Elakkan berenang secara berseorangan di lautan atau tepi pantai. Keadaan tersebut amat berisiko sekiranya berlaku sesuatu diluar jangkaan seperti kekejangan otot atau sawan.

Anda masih boleh berenang bersendirian, tetapi perlu dilengkapi jaket keselamatan.

Sebaiknya, anda perlu membawa bersama individu yang mahir berenang.

Individu tersebut mampu menarik anda keluar dari dalam air jika berlaku kejadian luar jangka.

3. Kawasan dibenarkan

Kebanyakan kawasan tepi pantai mempunyai had tertentu untuk orang ramai boleh berenang.

Biasanya, kawasan ini tidak terlalu bahaya dan selamat untuk aktiviti berkenaan.

Kawasan ini sering ditandai dengan pelampung atau bendera.

Jangan sesekali berlagak adiwira dengan berenang melepasi kawasan dihadkan kerana dibimbangi menyebabkan anda lemas, sekali gus menyukarkan kerja menyelamat.

4. Kenal pasti keadaan

Berhenti berenang sekiranya berlaku sesuatu di luar kebiasaan seperti air bergelora, peningkatan aras laut atau ribut.

Begitu juga sekiranya tubuh badan anda mula menunjukkan tanda-tanda kekejangan otot akibat keletihan.

Jangan sesekali kekal di dalam air sekiranya terdapat tanda kekejangan otot kerana ia boleh menjadi penyebab lemas.

5. Pakai baju menyelam

Walaupun baju ini sepatutnya digunakan ketika selaman skuba, namun ia amat membantu apabila berenang di laut atau tepi pantai.

Ini kerana, baju berkenaan meningkatkan daya ampungan anda di dalam air.

Jika, anda berasa letih untuk berenang, sut berkenaan dapat membantu terapung tanpa perlu menggerakkan kaki atau tangan.

Pakaian berkenaan juga boleh mengawal suhu badan sekiranya anda berenang di dalam air yang sejuk. K Online

Tip berenang dengan selamat di pantai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker